MUTIARA PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK BSD (1)
Pusat Sumber Sekolah SMK Bandar Sri Damansara (1)
telah diwujudkan pada tahun 2004 dan beroperasi pada tahun yang sama. Guru
penasihat Pusat Sumber Sekolah yang pertama ialah Puan Najibah Binti Mahmud. Misi
dan Visi PSS adalah dari idea Puan Najibah. Encik Abd Majid bin Yusoff yang
merupakan guru ICT SMK Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya pula adalah pencipta
logo PSS SMK BSD(1). Logo dicipta pada tahun 2013.
Pusat Sumber sekolah terdiri
daripada sebuah bilik perpustakaan dan dua buah bilik tayangan. Manakala sebuah
bilik yang menempatkan alat- alat bahan bantu mengajar terletak di tingkat 3
bersebelahan dengan Bilik Guru. Ini untuk memudahkan guru- guru mengambil dan
meminjam BBM. Lokasi PSS terletak di tingkat empat bangunan Blok B. PSS ini
merangkumi sebuah bilik utama. Bilik Tayangan 1 terletak di aras dan blok yang
sama di hujung sebelah kanan bilik utama manakala Bilik Tayangan 2 pula di
hujung sebelah kiri bilik utama. Sementara itu, hiasan dan keceriaan di dalam
PSS ditambah dari sehari ke sehari dengan kata- kata motivasi, susun atur
perabot dan peralatan yang selesa, hiasan yang segar, dan ruang pameran yang
berinformasi. Ini bertujan untuk menggalakkan warga sekolah mengunjungi PSS
dengan lebih bersemangat dan teruja
Misi
PSS ialah:
1) Menjadikan PSS sebagai agen penyebaran ilmu dan maklumat.
2) Menyediakan
prasarana yang kondusif dan perkhidmatan mesra pelanggan.
3) Menggalakkan dan
mengamalkan penggunaan teknologi dan sumber maklumat secara optimum dalam
proses pengajar dan pembelajaran.
4) Memantapkan sistem pengurusan dan
pentadbiran yang cekap dan berkesan. Sementara visi PSS pula ialah membentuk
budaya ilmu kearah kecemerlangan warga sekolah menjelang 2020.
PSS
mempunyai pelbagai koleksi bahan bacaan bercetak dan bukan bercetak. PSS juga menyediakan
bahan bacaan dalam bentuk topik yang luas dan pelbagai genre. Kesemua buku ini
disusun di rak buku mengikut Sistem Dewey. Koleksi ensiklopedia, majalah dan
surat khabar juga boleh didapati di sini. Sehingga kini, jumlah keseluruhan
buku di PSS ialah sebanyak 8000 buah. Perkhidmatan mengikat (binding) folio dan
lamina sebarang kertas ada ditawarkan di sini. Ini untuk membantu dan memudahkan
warga sekolah dalam urusan mereka.
Ahli
Jawatankuasa PSS terdiri daripada guru- guru penasihat, guru- guru NILAM dan
Pengawas PSS sekolah. Guru penasihat yang terkini adalah Puan Faiza Binti Mohamed
Ali. Beliau dibantu oleh ahli jawatankuasa dan Pengawas PSS yang tidak pernah
mengenal erti penat dan jemu dalam membangunkan PSS.
PSS
SMKBSD (1) memainkan peranan yang penting dalam memangkin proses pengajaran dan
pembelajaran. Sehingga kini, pelbagai pembaharuan dan lonjakkan telah dilakukan
demi keselesaan pengguna di samping menanam budaya membaca dalam kalangan
pelajar dan seluruh warga sekolah.
No comments:
Post a Comment